Rapid Bus Sdn Bhd secara rasmi memperkenalkan aplikasi baru yang dikenali sebagai Rapid On-Demand.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Rapid Bus (Operasi) iaitu Amir Hamdan, aplikasi ini diperkenalkan untuk memudahkan tempahan perkhidmatan dalam masa yang sama meningkatkan lagi pengalaman perjalanan yang lebih fleksible.
Bukan itu sahaja, aplikasi ini dijangka akan dapat meningkatkan aksesibiliti kepada pengangkutan awam di kawasan berkeperluan tinggi. Bersempena dengan pengenalannya, Rapid On-Demand menawarkan harga tempahan RM1 untuk setiap perjalanan yang beroperasi dari 6 pagi hingga 11.30 malam setiap hari.

Ketika ini, Rapid On-Demand ditawarkan dalam 11 zon iaitu MRT Semantan-KTM Segambut, MRT Bukit Dukung-Sungai Sekamat, MRT Sungai Buloh-Bandar Rahman Putra, MRT Serdang Raya Selatan-Taman Bukit Serdang, MRT Metro Prima-Taman Botani Kepong (FRIM), MRT Kentonmen-MITEC, MRT Sungai Jernih-Taman Puncak Saujana, MRT Serdang Raya Utara-Pavilion Bukit Jalil, MRT Taman Equine-Lestari Perdana, MRT Metro Prima-Taman Bukit Maluri dan MRT Sri Delima-Sri Segambut.

Aplikasi Rapid On-Demand kini tersedia untuk dimuat turun melalui Apple App Store dan juga Google Play Store.