Close

iOS 26 kini memaparkan anggaran masa untuk pengecasan

Sistem operasi baru dari Apple iaitu iOS 26 kini menyokong ciri baru yang memaparkan anggaran masa diperlukan untuk satu pengecasan penuh, sama ada mengecas menggunakan kabel atau pengecas tanpa wayar.

Ciri ini membolehkan pengguna melihat masa yang diperlukan untuk mengecas bateri sehingga 80% atau 100%. Bukan itu sahaja, ciri akan turut memaparkan maklumat mengenai kelajuan pengecasan semasa yang bergantung kepada jenis pengecas yang digunakan. Sebagai contoh, jika menggunakan pengecasan yang perlahan ia akan memaparkan maklumat ‘slow charging’.

Anggaran masa untuk pengecasan ini akan dipaparkan pada bahagian lock screen atau boleh diakses melalui tetapan pada bahagian bateri.

Buat masa ini, iOS 26 kini hanya tersedia dalam versi Developer Beta sahaja. Versi beta untuk pengguna dijangka akan tiba sekitar Julai dan versi stabil dijangka akan tiba sekitar September atau Oktober ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN