Close

realme C71 akan tiba di Malaysia pada 12 Jun ini

realme Malaysia secara rasmi mengesahkan ketibaan peranti baru mereka iaitu realme C71 pada 12 Jun ini. realme mendakwa peranti ini menawarkan ketahanan bateri sehingga 2 hari dengan hanya mengecas selama 1 jam sahaja.

realme C71 merupakan sebuah peranti kelas permulaan yang memfokuskan kepada ketahanan bateri yang panjang. Untuk itu, peranti ini akan dimuatkan dengan bateri sebesar 6300mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W.

Menjadikan peranti ini lebih menarik, ia menyokong ciri pengecasan berbalik atau reverse charging pada kelajuan 6W yang boleh digunakan untuk mengecas peranti lain.

Walaupun dilengkapi dengan kapasiti bateri yang besar, peranti ini hanya setebal 7.79 mm sahaja. Bukan itu sahaja, peranti ini turut dilengkapi dengan lampu Pulse Light, digunakan untuk notifikasi dan juga status pengecasan.

Dengan rekaan yang menarik dan ketahanan bateri yang panjang, realme C71 dijangka akan menjadi peranti pilihan dalam segmen mampu milik. Malangnya tiada maklumat mengenai harga jualan yang dikongsi. Seperti biasa, maklumat tersebut hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN