Bermula 16 Julai 2025, Shopee bakal mengenakan caj 50 sen pada penjual untuk setiap penghantaran berjaya.
Caj baru dipanggil sebagai ‘Platform Support Shopee’ diperkenalkan untuk menyokong pembangunan yang berterusan dalam masa yang sama menawarkan fungsi yang lebih baik pada platform mereka. Caj ini akan ditolak secara automatik daripada jumlah hasil jualan sebelum dimasukkan ke dalam baki akaun. Selain itu, caj ini tidak termasuk dengan caj SST 8%.
Walau bagaimanapun, caj baru ini hanya akan dikenakan kepada penjual yang telah beroperasi lebih dari 120 hari atau telah mencapai 100 pesanan pertama. Manakala untuk penjual di bawah 120 hari dan belum mencapai 100 pesanan pertama, tiada caj akan dikenakan.
Untuk maklumat lanjut mengenai caj ini, boleh layari laman web rasmi Shopee.