vivo akhirnya mengesahkan ketibaan peranti baru mereka iaitu X200 FE ke pasaran tempatan pada 30 Jun ini. Peranti ini akan hadir dengan rekaan yang kompak dan menawarkan prestasi setanding model andalan.

Sebelum ini, vivo telahpun berkongsi beberapa maklumat mengenai peranti ini. Hadir dengan rekaan yang kompak dan juga pratikal untuk kegunaan harian. Tidak hanya menawarkan rekaan yang kompak, ia turut hadir dengan 4 pilihan warna yang cukup menarik iaitu pink vibe, yellow glow, blue brezee dan black luxe.

Peranti ini menggunakan skrin jenis rata bersaiz 6.31-inci dan menawarkan kemampuan fotografi yang baik melalui kamera ZEISS. Selain itu, peranti ini akan hadir dengan kapasiti bateri 6500mAh dan menjalankan sistem operasi FunTouchOS 15.

Seiring dengan ketibaan peranti ini ke pasaran tempatan, vivo Malaysia akan mengadakan pra-tonton ekslusif untuk X200 FE di lokasi terpilih. Melaluinya, orang ramai berpeluang untuk menjadi yang terawal merasai sendiri pengalaman menggunakan peranti ini sebelum pelancarannya.
Tarikh dan lokasi acara (semua acara bermula pada jam 3:00 petang) :
21 Jun 2025 – Pusat Pengalaman dan Servis vivo, Mid Valley Southkey
27 Jun 2025 – Kedai Konsep vivo, Setia City Mall
29 Jun 2025 – Kedai Konsep vivo, Gurney Plaza
Lebih menarik, pengunjung akan menerima cenderamata eksklusif dan jamuan ringan. Selain itu, 10 pendaftar terawal akan menikmati pengalaman bengkel minyak wangi percuma bernilai RM150. Namun harus diingatkan, tawaran ini adalah terhad dan berkonsepkan siapa cepat, dia dapat.