Close

Samsung menjadualkan acara pelancaran Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7 pada 9 Julai ini

Samsung dijangka akan memperkenalkan telefon lipat baru mereka iaitu Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7 pada 9 Julai ini, acara pelancaran tersebut akan diadakan di New York.

Selain memperkenalkan Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7, Samsung dijangka akan turut memperkenalkan jam tangan pintar baru mereka iaitu siri Galaxy Watch 8 pada acara tersebut.

Sebelum ini, Samsung telah berkongsi beberapa teaser mengenai Galaxy Z Fold7. Menyatakan peranti ini akan memfokuskan kepada ketahanan yang lebih baik. Jadi, kita mungkin boleh menjangkakan peranti ini akan menggunakan binaan dan engsel yang tahan lasak.

Bukan itu sahaja, Samsung turut menyatakan peranti ini akan hadir dengan rekaan yang nipis, ringan dan dilengkapi dengan teknologi canggih. Selain itu, Samsung mungkin akan memperkenalkan model baru iaitu Galaxy Z Fold7 Ultra. Seperti namanya, model ini akan menjadi model paling premium dalam siri telefon lipat.

Malangnya, tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi oleh Samsung buat masa ini. Seperti biasa, maklumat terperinci mengenai peranti ini hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN