Seperti yang kita tahu, Samsung akan memperkenalkan fon boleh lipat mereka seterusnya iaitu Galaxy Z Fold7. Sebelum ini, Samsung telahpun berkongsi maklumat awal mengenai peranti tersebut.
Dalam perkembangan terbaru, Samsung telah berkongsi teaser baru mengenai Galaxy Z Fold7 dengan perkataan ‘built to last’. Sekaligus, memberikan bayangan peranti ini akan memfokuskan kepada ketahanan yang lebih baik. Jadi, kita mungkin boleh menjangkakan peranti ini akan menggunakan binaan dan engsel yang tahan lasak.

Bukan itu sahaja, Samsung turut menyatakan peranti ini akan hadir dengan rekaan yang nipis, ringan dan dilengkapi dengan teknologi canggih. Walau bagaimanapun, tiada butiran lanjut yang dikongsi oleh Samsung mengenai perkara tersebut.
Buat masa ini, tiada maklumat mengenai tarikh pelancaran yang dikongsi oleh Samsung. Menurut beberapa laporan, peranti in mungkin akan diperkenalkan sekitar Julai ini.