HUAWEI telah menjadualkan acara pelancaran untuk tablet baru mereka iaitu MatePad Pro 12.2-inci 2025 pada 18 Jun ini. Tablet baru ini hadir dengan rekaan yang lebih baik, spesifikasi yang dipertingkat dan kemampuan kamera yang lebih baik.

Seiring dengan pelancarannya, HUAWEI telahpun membuka pra-tempahan lebih awal untuk MatePad Pro 12.2-inci 2025 bermula hari ini sehingga 17 Jun 2025 dengan deposit RM50. Setiap pra-tempahan akan menerima pelbagai tawaran menarik dan hadiah percuma yang bernilai sehingga RM2045.
MatePad Pro 12.2-inci 2025 akan dilengkapi dengan skrin OLED Tandem PaperMatte pertama di dunia, teknologi ini memberikan pengalaman visual yang lebih baik dan imersif. Selain itu, skrin ini turut menyokong kecerahan puncak sehingga 2000 nits dan mempunyai penarafan SGS serta TÜV Rheinland yang mengurangkan keletihan mata.

Menurut HUAWEI, tablet mampu ini menawarkan pengalaman seperti komputer riba melalui papan kekunci penuh dengan touchpad terbina dan juga sokongan penuh WPS Office Suite versi PC. Bukan itu sahaja, tablet ini turut menyokong teknologi NearLink untuk sambungan yang pantas dan stabil.