Google secara rasmi melepaskan sistem operasi baru mereka iaitu Android 16. Kemas kini ini bukan lagi dalam versi beta tetapi versi stabil atau versi akhir.

Namun begitu, untuk permulaan ia hanya tersedia untuk peranti Pixel sahaja sebelum dikembangkan kepada lebih banyak peranti. Walau bagaimanapun, kemas kini ini tidak didatangkan dengan ciri yang sepatutnya iaitu antara muka baru Material 3 Expressive dan juga mod desktop.
Menurut sumber lain, ciri tersebut hanya akan ditawarkan dalam kemas kini akan datang iaitu Android 16 QPR1 yang akan tiba sekitar September 2025.

Material 3 Expressive merupakan penambahbaikan dari antara muka sebelumnya iaitu Material You. Hadir dengan antara muka baru yang lebih interaktif dan lebih ekpresif untuk pengguna. Berbeza dari antara muka yang digunakan ketika ini yang minimal tetapi agak membosankan.