Infinix secara rasmi memperkenalkan dua peranti baru iaitu SMART 10 dan SMART 10 Plus. Merupakan peranti permulaan namun hadir dengan penawaran yang menarik seperti sokongan kecerdasan buatan (AI), paparan yang tinggi dan ketahanan bateri yang baik.

Secara asasnya, kedua-dua model ini berkongsi spesifikas dalaman yang hampir sama. Menggunakan skrin bersaiz 6.67-inci dengan resolusi HD+ dan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Unisoc T7250 yang digabungkan dengan RAM sehingga 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB.

Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan kamera utama 8MP + AI dan swafoto 8MP. Kedua-dua model ini hanya dibezakan dengan kapasiti bateri dan teknologi pengecasan pantas. Untuk SMART 10, ia dilengkapi dengan bateri 5000mAh dengan pengecasan 10W manakala SMART 10 Plus pula dimuatkan dengan bateri 6000mAh dengan pengecasan 18W.
Di Malaysia, Infinix SMART 10 dijual pada harga RM299 untuk 3GB + 64GB. Sementara untuk SMART 10 Plus, ia ditawarkan dalam 2 pilihan varian iaitu tanpa NFC dengan harga RM349 (4GB +128GB) dan RM399 (4GB +128GB) untuk NFC.