Huawei secara rasmi memperkenalkan telefon baru untuk pasaran tempatan melalui model Nova Y72. Menarik mengenai peranti ia tampil dengan butang X yang merupakan butang pintasan yang membolehkan aplikasi diakses dengan lebih pantas.
Nova Y72 hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.7-inci dengan resoluso HD+. Menggunakan konfigurasi 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Cip yang digunakan pada peranti tidak didedahkan namun ia berkemungkinan adalah Kirin 710A.
Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP makro dan swafoto 8MP. Dimuatkan bateri dengan 6000mAh yang turut menyokong pantas 22.5W. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti Bluetooh 5.1, pengecasan USB-C dan menjalankan EMUI 12.
Huawei Nova Y72 dijual pada harga RM899 dan ditawarkan dalam 2 pilihan warna Hijau dan Hitam. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dibeli bermula 23 Februari dengan setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM199 yang berupa TWS Freebuds SE 2.