Close

WhatsApp akan hadir dengan fungsi baru – Sekat tangkap layar pada gambar profil

Pada ketika ini, WhatsApp telahpun hadir dengan pelbagai fungsi menarik dalam usaha untuk menawarkan pengalaman penggunaan dan sokongan privasi yang lebih baik.

Terbaru, WhatsApp dijangka akan memperkenalkan satu lagi fungsi baru yang menghalang pengguna untuk mengambil tangkap layar atau screenshot pada gambar profil. Fungsi ini mirip seperti view once yang ditetapkan pada imej, memaparkan notifikasi tangkap layar atau screenshot telah dihalang.

Fungsi ini dilihat akan meningkatkan lagi privasi pengguna dan melindungi gambar profil dari digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Sebelum ini, WhatsApp membenarkan pengguna untuk memuat turun gambar profil namun fungsi tersebut telah dialihkan keluar berikutan terdapat laporan gambar profil digunakan oleh pihak ketiga.

Walaubagaimanapun, fungsi ini masih lagi di peringkat percubaan. Tidak dapat dipastikan bilakah fungsi ini akan tersedia untuk semua pengguna.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN