Close

BYD Seal kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM180K

Sime Darby Motors (SDM) dan BYD secara rasmi memperkenalkan kenderaan elektrik baru (EV) untuk pasaran tempatan melalui model BYD Seal. Tampil dengan pelbagai teknologi menarik dan ditawarkan dalam dua pilihan varian.

BYD Seal dibangunkan dengan platform baru iaitu e-Platform 3.0 yang turut disokong dengan teknologi iTAC. Platform baru ini menjanjikan kelebihan dari segi kecekapan, keselamatan dan estetika. Ditawarkan dalam 2 pilihan varian iaitu Premium RWD dan Perfomance AWD.

Untuk BYD Seal Premium, ia dijana dengan motor tunggal pacuan roda belakang (RWD) yang mampu menghasilkan kuasa 230 kW dan tork 360 Nm. Mampu memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam masa 5.9 saat sahaja.

Manakala untuk BYD Seal Perfomance, ia dijana dengan dwi-motor pacuan semua roda (AWD) yang mampu menghasilkan kuasa 390 kW dan tork 670 Nm. Mampu memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam masa 3.8 saat sahaja. Kedua-dua varian dimuatkan dengan kapasiti bateri yang sama iaitu 82.5 kWh dengan jarak gerak yang berbeza iaitu 570 km (WLTP) untuk Premium dan 520 km (WLTP) untuk Perfomance. Dari segi pengecasan, kedua-dua varian menyokong pengecasan AC pada 7 kW dan juga pengecasan pantas DC 150 kW.

Untuk harga jualan, BYD Seal Premium dijual pada harga RM179,800 dan untuk BYD Seal Perfomance pula adalah RM199,800. Dari segi jaminan, ia didatangkan dengan jaminan kilang selama 6 tahun atau 150,000 km, manakala bateri Blade EV mempunyai jaminan selama 8 tahun atau 160,000 km.

Lebih menarik, untuk 800 tempahan terawal akan menerima pengecas wallbox percuma dan kredit cas Gentari atau ChargEV bernilai RM800.

ARTIKEL BERKAITAN