Close

ASUS Zenfone 11 Ultra akan diperkenalkan pada 14 Mac ini

ASUS secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran peranti baru mereka iaitu Zenfone 11 Ultra pada 14 Mac ini. Perkongsian tersebut turut mendedahkan acara pelancaran tersebut akan diadakan di tiga negara berbeza iaitu Taipei, Berlin dan New York.

Buat masa ini, tiada maklumat terperinci yang didedahkan oleh ASUS. Namun begitu, ASUS mendedahkan peranti ini akan tampil dengan 4 perkara menarik iaitu ketahanan bateri yang lebih baik, skrin yang lebih besar, penstabilan video generasi baru dan keupayaan portret yang lebih baik.

Zenfone 11 Ultra akan menggunakan rekaan skrin jenis rata dengan kamera swafoto di bahagian tengah jenis punch hole. Selain itu, peranti ini dijangka akan menggunakan rekaan sama seperti ROG Phone 8. Seperti biasa, maklumat lanjut mengenai peranti ini hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN