Close

Huawei Pocket 2 akan diperkenalkan pada 22 Februari ini

Huawei telah menjadualkan acara pelancaran untuk telefon lipat mereka yang seterusnya iaitu Pocket 2 pada 22 Februari ini di China. Biarpun tarikh pelancaran telah diumumkan namun tidak banyak maklumat yang didedahkan mengenai peranti ini.

Menurut beberapa laporan, Pocket 2 akan menggunakan rekaan sama seperti P50 Pocket dan juga Pocket S. Bermaksud, ia akan hadir dengan dua rekaan modul kamera bulat pada bahagian belakang dengan satu daripadanya adalah skrin kedua.

Untuk spesifikasi dalaman, peranti ini mungkin akan dijana dengan cip Kirin 9000s yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Peranti ini akan ditawarkan dalam 3 pilihan warna iaitu Hitam, Putih dan Ungu.

Untuk harga jualan, peranti ini mungkin akan ditawarkan pada harga sekitar RM5999. Walaubagaimanapun, harga jualan tersebut adalah anggaran awal merujuk kepada harga jualan rasmi P50 Pocket di Malaysia. Seperti biasa, maklumat lanjut mengenai peranti ini hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN