Proton dijangka akan memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) pertama mereka tidak lama lagi. Perkara tersebut dikongsi oleh CEO Proton iaitu Dr. Li Chunrong.
Menariknya, Proton bukan hanya akan memperkenalkan satu model EV sahaja sebaliknya akan ada dua model EV yang akan diperkenalkan. Namun begitu, EV kedua hanya akan diperkenalkan selepas 6 atau 8 bulan selepas EV pertama dilancarkan.
Perkara ini dilihat selari dengan sasaran kerajaan yang menjangkakan kenderaan elektrik nasional pertama (EV) akan dikeluarkan menjelang 2025 melalui Proton dan Perodua.
Walaubagaimanapun, maklumat mengenai EV pertama yang akan diperkenalkan tidak didedahkan. Terdapat laporan menyatakan EV pertama dari Proton berkemungkinan adalah dari syarikat induk Geely iaitu Geely Geometry A yang telahpun ditawarkan untuk pasaran China.
Selain itu, Proton turut mendedahkan yang mereka akan memperkenalkan satu lagi kenderaan NEV pada tahun ini. Seperti mana yang dinyatakan pada pelancaran X90 tahun lalu, Proton komited untuk melancarkan satu kenderaan NEV setiap tahun.