Close

Nothing Phone (2a) guna cip Dimensity 7200 Pro – Cip khas untuk Nothing

Nothing secara rasmi mengesahkan telefon mampu milik pertama mereka iaitu Phone (2a) akan dikuasakan dengan cip dari MediaTek iaitu Dimensity 7200 Pro.

Menurut Nothing, Dimensity 7200 Pro adalah cip yang telah diubah suai oleh mereka dan menawarkan peningkatan pretasi yang lebih baik dan juga lebih efisien. Selain itu, ia turut menawarkan beberapa keupayaan lain seperti pemindahan data yang lebih pantas melalui Adaptive NTFS dan menjanjikan prestasi yang konsisten melalui fungsi Smart Clean.

Nothing turut mendedahkan mengapa mereka memilih cip Dimensity 7200 Pro berbanding cip  Snapdragon 7s Gen 2 atau Snapdragon 782G. Menurut mereka, kedua-dua cip dari Qualcomm ini tidak menepati piawaian yang ditetapkan dan menawarkan pretasi yang lebih rendah. Selain itu, ia juga menggunakan teknologi binaan yang lebih lama berbanding cip Dimensity 7200 Pro.

Cip ini juga dikatakan akan menawarkan keupayaan perisian yang lebih baik kerana ia dibangunkan dengan kerjasama pasukan MediaTek. Nothing telahpun menjadualkan acara pelancaran peranti ini pada 5 March ini.

ARTIKEL BERKAITAN