Nothing secara rasmi mengesahkan acara pelancaran bagi peranti mampu milik mereka pada 5 Mac ini. Peranti mampu milik pertama dari Nothing ini akan dikenali sebagai Phone (2a).
Phone (2a) dikatakan akan tampil dengan prestasi dan kamera yang sesuai untuk pelbagai kegunaan. Selain itu, ia akan turut hadir dengan beberapa fungsi yang ditawarkan pada Phone (2). Untuk harga jualan, dijangka akan dijual lebih murah berbanding Phone (1).
Phone (2a) dijangka akan menjadi titik permulaan untuk mengalakkan pengguna menggunakan ekosistem yang dibangunkan oleh Nothing. Buat masa ini, tiada maklumat terperinci yang dikongsi oleh Nothing mengenai Phone (2a).
Menurut beberapa laporan, Phone (2a) dijangka akan hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.7-inci, paparan 120Hz, cip Dimensity 7200 Ultra, dwi-kamera 50MP, pengecasan 45W dan menjalankan sistem operasi Nothing OS 2.5.
Phone (2a) akan turut ditawarkan untuk pasaran Malaysia selepas dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia pada Januari lalu. Namun begitu, acara pelancaran peranti ini di Malaysia masih lagi tidak didedahkan.