Close

Nothing Phone (2a) dikesan melepasi SIRIM Malaysia

Telefon mampu milik pertama dari Nothing iaitu (2a) dijangka akan tiba untuk pasaran tempatan tidak lama lagi selepas peranti tersebut dikesan telah melepasi SIRIM Malaysia.

Peranti tersebut telah dikesan melepasi SIRIM Malaysia pada 21 Januari 2024 dengan nombor model A142 dan didaftarkan di bawah Zitron Fulfilment Sdn Bhd.

Untuk spesifikasi, peranti ini dijangka akan hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.7-inci dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 7200, bateri 4950mAh, pengecasan 45W dan menggunakan tetapan dwi-kamera belakang.

Selain itu, Phone (2a) dijangka akan tampil dengan rekaan yang berbeza dari model yang pernah dihasilkan oleh Nothing. Turut dimuatkan dengan lampu ikonik LED Glyph dan elemen lutsinar namun dengan rekaan dan susunan yang berbeza.

Nothing Phone (2a) dijangka akan diperkenalkan pada acara MWC 2024 yang akan berlangsung pada Februari ini.

ARTIKEL BERKAITAN