Close

Siri realme 12 Pro 5G diperkenalkan – Guna cip Snapdragon 7s Gen 2, kamera 64MP dan pengecasan 67W

realme secara rasmi memperkenalkan peranti kelas pertengahan baru mereka iaitu siri realme 12 Pro 5G. Hadir dengan 2 pilihan varian iaitu realme 12 Pro 5G dan 12 Pro+ 5G. Kedua-dua peranti ini hadir dengan spesifikasi yang lebih baik dan rekaan yang menarik.

Untuk realme 12 Pro+ 5G, ia hadir dengan skrin OLED yang bersaiz 6.7-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dengan kecerahan puncak 950 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7s Gen 2 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman 256GB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS + 64MP periskop Omnivision OV64B + 8MP ultra lebar dan swafoto 32MP. Kamera ini turut menyokong 3x zum optikal dan 120x SuperZoom. Bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 67W.

Manakala untuk realme 12 Pro 5G, ia hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.7-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong papran 120Hz dan kecerahan puncak 950 nits. Dijana dengan cip Snapdragon 6 Gen 1 yang dipadankan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP IMX882 OIS + 32MP telefoto potrait+ 8MP ultra lebar dan swafoto 16MP. Bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 67W.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti pengimbas cap jari bawah skrin, Bluetooth 5.2, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan realme UI 5.0 yang berasaskan Android 14.

Untuk pasaran India, realme 12 Pro 5G dijual pada bermula harga sekitar INR25,999 (RM1475) dan realme 12 Pro+ 5G dijual pada harga bermula sekitar INR29,999 (RM1710). Siri realme 12 Pro 5G dijangka akan turut dilancarkan di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN