Close

iOS 18 akan terima kemas kini terbesar dalam sejarah iPhone

iOS 18 dikatakan akan menerima kemas kini terbesar dalam sejarah iPhone sejak ia mula diperkenalkan pada 2007.

Menurut laporan, Apple dijangka akan membawakan perubahan besar pada iOS 18. Antara perubahan yang dijangka akan dibawakan pada iOS 18 adalah seperti keupayaan kecerdasan buatan (AI), antara muka yang lebih menarik dan prestasi yang lebih baik dan keselamatan yang dipertingkat.

Berikutan itu, kita mungkin boleh menjangkakan yang Apple akan menawarkan pelbagai fungsi AI baru dan antara muka yang lebih menarik. Walaubagaimanapun, tiada butiran lanjut yang didedahkan mengenai keupayaan dan fungsi yang akan dibawakan pada iOS 18.

Apple dijangka akan mengumumkan iOS 18 pada acara WWDC 2024 dan akan tersedia kepada pengguna sekitar September.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN