Fossil mengumumkan yang mereka tidak lagi akan mengeluarkan jam tangan pintar pada masa akan datang. Bermaksud, Fossil kini secara rasmi telah keluar dari arena jam tangan pintar.
Keputusan tersebut dibuat selepas melihat perkembangan jam tangan pintar yang semakin ketara dan kompetitif sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Disebabkan itu, Fossil telah mengubah hala tuju syarikat mereka untuk masa depan yang lebih baik.
Selepas ini, Fossil hanya akan memfokuskan kepada asas perniagaan mereka iaitu menawarkan jam tangan tradisional dan juga barangan mewah yang merupakan kepakaran mereka.
Namun begitu, Fossil menyatakan yang mereka masih menawarkan kemas kini perisian untuk model sedia ada untuk beberapa tahun akan datang.
Fossil Gen 6 yang dilancarkan pada 2021 adalah model terakhir jam tangan pintar yang dihasilkan.