Nothing dijangka akan melancarkan peranti mampu milik pertama mereka yang dikenali sebagai Phone (2a). Sebelum ini, kami telahpun melaporkan beberapa maklumat mengenai peranti ini.

Terkini, beberapa maklumat baharu spesifikasi Phone (2a) telahpun tertiris. Maklumat tersebut mendedahkan mengenai skrin dan juga kamera yang akan digunakan pada peranti tersebut.
Phone (2a) akan hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.7-inci dengan paparan 120Hz. Panel skrin ini akan dihasilkan oleh dua syarikat iaitu BOE dan Visionix. Untuk kamera, masih menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan kedua-dua menggunakan sensor dari Samsung.
Nothing Phone 2A (Exclusive)
— Sufiyan Technology (@RealSufiyanKhan) December 23, 2023
6.7" FHD+ 120Hz OLED Display
50MP (OIS) S5KGN9 + 50MP (JN1) UW
32MP (IMX615) Front
Dimensity 7200
4920mah Battery
33W/45W Charging
Android 14
Nothing OS 2.5
Dual Speakers
BT 5.3
NFC
Expected Launch At MWC 2024 On 27 Feb 2024#NothingPhone2a pic.twitter.com/CCPd65015x
Untuk kamera utama, ia menggunakan sensor 50MP Samsung S5KGN9 dan kamera kedua ultra lebar menggunakan sensor 50MP Samsung S5KJN1. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 32MP.
Dari segi rekaan, Phone (2a) dijangka akan tampil dengan rekaan yang berbeza dari model yang pernah dihasilkan oleh Nothing. Turut dimuatkan dengan lampu ikonik LED Glyph dan elemen lutsinar namun dengan rekaan dan susunan yang berbeza.
Nothing Phone (2a) dijangka akan membuat kemunculan pada acara MWC 2024 di Barcelona.