Close

Ini mungkin rekaan Nothing Phone (2a) – Guna rekaan berbeza dari Phone (1) dan (2)

Sebelum ini, kami ada melaporkan mengenai telefon mampu milik pertama dari Nothing iaitu Phone (2a). Telefon ini dijangka akan menjadi peranti pertama dikuasakan dengan cip dari MediaTek.

Terbaru, rekaan yang didakwa sebagai Nothing Phone (2a) telah tertiris. Merujuk kepada rekaan tersebut memperlihatkan ia tampil dengan rekaan yang berbeza dari model yang pernah dihasilkan oleh Nothing.

Selain itu, terdapat juga lampu ikonik LED Glyph dengan elemen lutsinar turut dimuatkan pada Phone (2a) namun dengan susunan berbeza. Rekaan kamera belakang menggunakan rekaan berbentuk bulat dengan tetapan dwi-kamera.

Untuk spesifikasi, Nothing Phone (2a) dijangka akan hadir skrin OLED 6.7-inci 120Hz, cip Dimensity 7200, 8GB RAM, 128GB storan dan kamera utama 50MP. Harga jualan untuk peranti ini dikatakan sekitar $400 (RM1860).

Nothing Phone (2a) dijangka akan membuat kemunculan pertama pada acara MWC 2024 di Barcelona yang akan berlangsung 27 Februari.

ARTIKEL BERKAITAN