Close

RedMagic 9 Pro diperkenalkan untuk pasaran global

RedMagic 9 Pro akhirnya ditawarkan untuk pasaran global selepas peranti tersebut dilancarkan lebih awal di China pada November lalu. Tiada perbezaan spesifikasi untuk pasaran global. Bermaksud, peranti ini hadir dengan spesifikasi yang sama seperti di China.

Untuk spesifikasi,ia dilengkapi dengan skrin AMOLED BOE bersaiz 6.8-inci dengan paparan 120Hz. Turut menyokong gamut warna sRGB 100% dan kecerahan puncak 1600 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, RAM sehingga 16GB LPDRR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS Samsung GN5 + 50MP lebar + 2MP Makro. Manakala untuk swafoto, ia dilengkapi dengan sensor 16MP yang diletakkan di bawah skrin (UDC). Dimuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W.

Menyokong sistem penyejukan ICE 13.0 baharu dengan kipas terbina yang mampu berpusing sehingga 22,000 RPM. Selain itu, ia turut dimuatkan dengan cip khusus Red Core R2 Pro untuk memberikan pengalaman permainan pada tahap tertinggi.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti bicu audio 3.5mm, NFC, pembesar suara jenis stereo , Wi-Fi 7, Bluetooth 5.3, IR Blaster dan menjalankan Red Magic OS 9.0 berasaskan Android 14. RedMagic 9 Pro dijual pada harga bermula sekitar $649 (RM3023). Tiada maklumat mengenai penawaran dan ketersediaan peranti ini untuk pasaran Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN