Close

Pandang pertama Huawei FreeClip – TWS yang unik dan menarik, tapi…

Huawei Malaysia telahpun melancarkan TWS baharu mereka iaitu FreeClip. Berbeza dengan penawaran sebelum ini, FreeClip adalah TWS Open-ear pertama dari Huawei dan tampil dengan rekaan yang unik.

Huawei menyatakan yang FreeClip memfokuskan kepada fesyen namun ia masih dimuatkan dengan pelbagai teknologi termaju. Tidak ketinggalan, FreeClip masih menawarkan pengalaman penggunaan yang selesa dengan kualiti audio yang baik.

Rekaan

Unik, itu mungkin perkataan yang sesuai sewaktu kali pertama kami melihat TWS Open-ear dari Huawei ini. Tampil dengan rekaan yang berbeza yang dipanggil C-Bridge yang mirip seperti subang. Secara asasnya, FreeClip dibina dengan tiga bahagian utama iaitu Comfort bean, Acoustic ball dan juga C-Bridge.

Tidak hanya unik, ia juga mempunyai rekaan yang ergonomik dan fleksible sekaligus menjanjikan keselesaan ketika menggunakannya. Selain itu, ia juga ringan dengan berat hanya 5.9 gram untuk setiap satu buds. Untuk penyimpanan, FreeClip didatangkan dengan bekas pengecas yang berbentuk seperti cengkerang dengan kemasan jenis kesat.

Tidak seperti TWS lain yang dimasukkan ke dalam telinga FreeClip hanya perlu diclip pada telinga yang mana bunyi yang dikeluarkan adalah melalui Acoustic Ball. Untuk permulaan mungkin tidak berapa selesa namun selepas beberapa ketika ia terasa selesa. Rekaan ini juga dapat mengurangkan risiko terjatuh ketika melakukan pelbagai aktiviti.

FreeClip boleh dikawal melalui sentuhan gesture dengan tap dua kali untuk play/pause atau answer/end call dan tap tiga kali untuk skip lagu. Menariknya, kawalan sentuhan ini boleh dilakukan pada tiga bahagian iaitu Comfort bean, Acoustic ball dan C-Bridge. Selain itu, FreeClip menyokong auto switch yang membolehkan ia menentukan kedudukan buds kiri dan kanan secara automatik biarpun dipakai secara terbalik.

FreeClip ini turut menyokong penarafan IP54 membolehkan ia digunakan untuk aktiviti luar atau sukan air. Secara keseluruhan, FreeClip ini adalah sebuah TWS yang unik, kompak, premium dan juga ringan.

Kualiti bunyi

FreeClip menggunakan driver dwi-magnet 10.8 mm dan menyokong format audio SBC, AAC dan LH2C. Secara keseluruhan, kualiti bunyi yang dihasilkan baik dan menyokong beberapa profil bunyi seperti Bass Boost, Treble Boost, Elevate dan juga Voices yang boleh ditetapkan menggunakan aplikasi Huawei Life App. Aplikasi ini juga turut menyokong fungsi ‘Find my earphone’ yang memudahkan untuk mengesan dan mencari dengnan lebih mudah.

Terdapat dua mikrofon secara terbina untuk sokongan panggilan lebih baik yang turut dibantu dengan AI Crystal clear. Terdapat juga beberapa fungsi menarik yang turut dimuatkan seperti Direct sound yang minimumkan masalah kebocoran bunyi, Dual-device connections membolehkan FreeClip disambungkan kepada dua peranti secara serentak dan Audio Sharing membolehkan audio dikongsi melalui tablet atau fon yang sama.

Selain itu, FreeClip ini turut mempunyai keupayaan untuk melaraskan bunyi dengan frekuensi rendah dan tinggi secara automatik sekaligus mengoptimumkan kualiti audio mengikut mengikut persekitaran dan bentuk saluran telinga pengguna.

Bateri

Untuk jaga hayat bateri, Huawei mendakwa FreeClip ini mampu bertahan sehingga 8 jam masa mendengar dan 5.5 jam untuk panggilan dengan sekali cas. Ketahanan bateri meningkat kepada 36 jam dengan bekas pengecas dan hanya memerlukan masa 40 minit untuk pengecasan penuh.

Untuk pengecasan, ia menyokong dua jenis pengecasan iaitu melalui kabel USB-C yang tersedia di dalam kotak atau melalui pengecasan tanpa wayar.

Pada percubaan kami, jangka hayat bateri pada FreeClip adalah sangat baik, pada sesetengah keadaan ia mampu bertahan lebih dari apa yang ditawarkan. Namun, perkara tersebut bergantung kepada cara penggunaan.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, FreeClip boleh dikatakan sebagai salah satu TWS yang menarik dan unik yang ada di pasaran ketika ini. Hadir dengan pelbagai spesifikasi dan fungsi menarik serta mempunyai rekaan yang berbeza dalam erti kata lain unik berbanding TWS yang pernah kami cuba.

Sekiranya anda mahu mencuba TWS yang mempunyai kelainan, TWS dari Huawei ini mungkin boleh diletakkan dalam senarai wishlist anda.

ARTIKEL BERKAITAN