Close

Huawei MateBook D 16 dan MatePad Pro 13.2″ turut boleh dipra-tempah Di Malaysia

Huawei Malaysia turut membuka pra-tempahan untuk dua lagi peranti baharu mereka iaitu MateBook D 16 dan MatePad Pro 13.2″. Setiap pra-tempahan akan menerima pelbagai hadiah percuma yang menarik.

Huawei MateBook D 16

MateBook D 16 ini hadir dengan skrin IPS LCD bersaiz 16-inci dengan resolusi 1900×1200. Turut menyokong kecerahan puncak pada 300 nits dengan sudut pandang sehingga 178 darjah. Dikuasakan dengan cip pemproses Intel Core i9 H-series Gen-13 yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDRR4X dan storan dalaman 1TB NVMe PCIe SSD. Untuk prestasi grafik, ia hadir dengan GPU Intel Iris Xe.

Dimuatkan dengan bateri 60Wh yang turut menyokong pengecasan pantas 65W. MateBook D 16 ini turut dilengkapi dengan kecerdasan buatan dari Huawei yang merangkumi AI camera, AI sound effects dan Smart voice. Ia juga turut menyokong sambungan berbilang peranti melalui Super Device. Untuk sambungan port, ia hadir dengan 2x USB-C, HDMI 2.0, 1x USB-A 3.2 Gen 1 dan 1x USB-A 2.0.

Huawei MatePad Pro 13.2″

Huawei MatePad Pro 13.2″ ini dilengkapi dengan skrin OLED bersaiz 13.2-inci dengan paparan 144Hz. Dijana dengan cip Kirin 9000S yang dipadankan dengan 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.1. Tablet ini hanya setebal 5.5 mm dengan berat hanya 580 gram sahaja.

Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 13MP + 8MP ultra lebar. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 16MP + 3D ToF yang digunakan untuk fungsi pengimbas wajah.

Bateri 10,100mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 88W. Tablet ini turut didatangkan dengan aksesori stylus Huawei M-Pencil generasi ke-3 yang turut menyokong teknologi NearLink Starlight Wireless Connection untuk sambungan yang lebih baik.

Bagi yang berminat, kedua-dua peranti boleh mula dipra-tempah bermula hari ini iaitu 20 Disember. Untuk pra-tempah Huawei MateBook D 16 anda layak menerima hadiah percuma bernilai RM2144. Manakala untuk MatePad Pro 13.2″ anda layak menerima hadiah percuma bernilai RM3145.

ARTIKEL BERKAITAN