Close

Huawei FreeClip dah boleh dipra-tempah di Malaysia pada harga RM899

TWS Open-ear pertama dari Huawei iaitu FreeClip kini boleh dipra-tempah di Malaysia. Berbeza dengan penawaran sebelum ini, FreeClip hadir dengan rekaan unik yang dipanggil C-Bridge yang mirip seperti subang.

Secara asasnya, FreeClip ini digabungkan dengan tiga bahagian utama iaitu Comfort bean, Acoustic ball dan juga C-Bridge. Yang mana, bunyi dikeluarkan melalui Accoustic Ball yang dihubungkan dengan C-Bridge dan Comfort bean. Memfokuskan kepada fesyen namun masih menawarkan pengalaman audio yang berkualiti. Buds ini hanya seberat 5.9 gram setiap satu dan direka dengan bentuk ergonomik yang menjanjikan keselasaan ketika menggunakannya.

FreeClip menggunakan driver dwi-magnet 10.8 mm dan menyokong format audio SBC, AAC dan LH2C. Selain itu, ia turut menyokong fungsi Direct sound, AI Crystal cleardan Dual-device connections. Dari segi kawalan pula, ia hanya menyokong dua kawalan sahaja iaitu Double tap dan Triple tap melalui Gesture control.

Dari segi ketahanan bateri, Huawei mendakwa yang TWS ini mampu bertahan sehingga 36 jam dengan bekas pengecas dan hanya memerlukan 40 minit untuk pengecasan. FreeClip ini turut mempunyai penarafan IP54.

Di Malaysia, Huawei FreeClip dijual pada harga RM899 dan ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu Black dan Purple. Bagi yang berminat, TWS boleh dipra-tempah bermula hari ini iaitu 20 Disember. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM367 yang berupa Sunshine outdoors gift pack, Huawei Band 3 dan 1 tahun jaminan tambahan.

ARTIKEL BERKAITAN