Close

realme GT3 kini rasmi di Malaysia dengan harga RM2799

realme secara rasmi melancarkan peranti andalan mereka yang seterusnya untuk pasaran tempatan melalui model realme GT3. Hadir dengan sejumlah peningkatan dan reka bentuk yang lebih menarik dari model sebelumnya.

realme GT3 dilengkapi dengan skrin OLED 6.74-inci resolusi 2772 x 1240 yang turut menyokong paparan 144Hz dan 2160Hz PWM dimming. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 3.1.

Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP ultra lebar + 2MP makro. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 16MP.

Untuk teknologi pengecasan, realme GT3 hadir dengan pengecasan pantas 240W yang mampu mengecas bateri 4600mAh dari 0% hingga 100% hanya dalam masa kurang dari 10 minit. Pengecasan ini menggunakan teknologi GaN dan mempunyai ciri kawalan untuk memastikan bateri sentiasa sihat yang menyokong 1600 kitaran pengecasan.

Ciri menarik yang dibawakan pada realme GT3 adalah tampil dengan panel belakang jenis lutsinar dan mempunyai lampu RGB yang terletak di sebelah modul kamera yang dipanggil sebagai “Pulse Interface System”. Pulse Interface System ini menyokong 25 pilihan warna dan boleh digunakan sebagai lampu untuk notifikasi, mod permainan, tahap bateri dan sebagainya.

Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti sistem penyejukkan Steel Vapor Max 2.0, pembesar suara Dolby Atmos, GT Mode 4.0, Infrared dan menjalankan realme UI 4.0 yang berasaskan Android 11.

Di Malaysia, realme GT3 dijual pada harga RM2799 untuk 16GB + 1TB. Ditawarkan dengan 2 pilihan warna iaitu Racing purple dan Pulse white.

ARTIKEL BERKAITAN