Close

Casio EDIFICE X Honda TYPE R Edition boleh dibeli di Malaysia pada harga RM2399

Sekiranya anda peminat tegar kepada EDIFICE ataupun peminat tegar kepada pengeluar kereta jenama Honda. Kolabrasi Casio EDIFICE X Honda TYPE R Edition ini patut menjadi salah satu koleksi wajib ada.

Seperti namanya, kolabrasi ini tampil dengan idea dari rekaan ikonik siri Honda iaitu TYPE R. Antara elemen TYPE R yang dimuatkan dalam kolabrasi ini adalah seperti warna ikonik TYPE R iaitu Champion White pada tali jam, logo RED H pada bahagian dalam jam dan juga corak honeycomb yang diambil dari grill hadapan TYPE R.

Selain itu, tali jam ini turut dicetak dengan model TYPE R yang pernah dihasilkan oleh Honda bermula dari tahun 1992 hingga 2023 yang merangkumi model NA1, NA2, DC2, DB8, DC5, EK9, EP3, FD2, FN2, FK2, FK8 dan FL5. Bahagian belakang tali jam ini menggunakan kemasan Alcantara dengan jahitan benang merah yang terdapat pada kebanyakkan model Honda TYPE R. Band keeper dan juga back case jam tangan ini turut disertakan dengan logo TYPE R.

Seperti jam tangan lain yang ditawarkan oleh EDIFICE, ia dilengkapi dengan pelbagai fungsi lain seperti sokongan Bluetooth, sistem pengecasan Tough Solar, aplikasi khas untuk tetapan yang lebih mudah, tetapan waktu dunia dan lain-lain.

Di Malaysia, Casio EDIFICE X Honda TYPE R Edition ini dijual pada harga RM2399. Bagi yang berminat, jam tangan ini boleh dibeli bermula 20 Disember 2023 di semua pengedar rasmi Casio Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN