Close

Nubia Z60 Ultra diperkenalkan – Guna Snapdragon 8 Gen 3, kamera 50MP dan bateri 6000mAh

Nubia secara rasmi memperkenalkan peranti andalan mereka iaitu Nubia Z60 Ultra. Berbeza dengan peranti sebelum ini, Nubia Z60 Ultra hadir dengan rekaan kamera yang unik dan merupakan pertama yang menyokong penarafan IP68.

Untuk spesifikasi, Nubia Z60 Ultra dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.8-inci dengan paparan 120Hz. Turut menyokong PWM Dimming 2160Hz, touch sampling rate 1200Hz dan kecerahan puncak 1500 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan RAM LPDDR5X sehingga 24GB dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0.

Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama IMX800 50MP OIS (35mm) + 50MP ultra lebar (18mm) + 64MP OBV64B telefoto (85mm). Manakala untuk swafoto, ia menggunakan sensor 12MP yang diletakkan di bawah skrin (UDC) yang dikuasakan dengan cip khas berkemampuan AI.

Bateri 6000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 80W. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP68, sistem penyejukan gred aeroangkasa dan menjalankan sistem operasi MyOS berasaskan Android 14.

Di China, Nubia Z60 Ultra dijual pada harga bermula sekitar CNY3999 (RM2622) 8GB + 256GB, CNY4699 (RM3081) 12GB + 256GB, CNY4999 (RM3277) 12GB + 512GB, CNY5299 (RM3474) 16GB + 1TB dan CNY5999 (RM3933) 24GB + 1TB. Hadir dalam 3 pilihan warna iaitu hitam, kelabu dan perak.

ARTIKEL BERKAITAN