HONOR secara rasmi telah melancarkan dua peranti baharu untuk pasaran tempatan. Dua peranti tersebut adalah HONOR X7b dan X8b, tampil dengan pelbagai peningkatan yang lebih baik dari segi spesifikasi dan rekaan.

Untuk HONOR X8b, ia hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.7-inci yang turut menyokong PWM Dimming 3240Hz. Dijana dengan cip Snapdragon 680 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 512GB. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 5MP ultra lebar + 2MP makro dan swafoto 50MP. Bateri 4500mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 35W.

Manakala untuk HONOR X7b, ia hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.8-inci dengan resolusi 2412 x 1080. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 680 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 5MP ultra lebar + 2MP makro dan swafoto 8MP. Bateri 6000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 35W.


Kedua-dua peranti ini ditawarkan pada harga RM799 untuk HONOR X7b dan RM999 untuk HONOR X8b. Bagi yang berminat, peranti ini boleh mula dibeli bermula 22 Disember 2023. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma berupa HONOR Choice Earbuds X5 Lite yang bernilai RM139.