Ini bukanlah laporan pertama mengenai Nothing Phone versi mampu milik. Sebelum ini, telah ada laporan mendedahkan yang Nothing akan melancarkan Nothing Phone Lite yang akan ditawarkan tanpa LED Glyph.

Terkini, terdapat laporan mendedahkan yang peranti Nothing yang seterusnya adalah sebuah telefon mampu milik, akan dikenali sebagai Nothing Phone (2a) dengan kod model AIN142.
{Exclusive}
— Sanju Choudhary (@saaaanjjjuuu) November 29, 2023
Nothing Phone 2a ABOUT PHONE page ✅️ image (front display)
Possible Specifications of the device :-
✅️6.7 inch 120Hz AMOLED Display with centre alligned punch hole
✅️50MP OIS Dual camera
✅️16MP front camera
✅️4920mAh battery
✅️NothingOS2.5 with Android… https://t.co/ZKtUCERQSV pic.twitter.com/zoSL2Jd7Lm
Phone (2a) dijangka akan dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.7-inci dengan paparan 120Hz. Menggunakan kamera swafoto jenis punch hole pada bahagian tengah seperti Nothing Phone (2). Terdapat juga LED Glyph yang menggunakan rekaan sama seperti Nothing Phone (1).
Selain itu, peranti ini akan hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP, bateri 4920mAh dan menjalankan NothingOS 2.5 berasaskan Android 14. Namun begitu, tiada maklumat yang didedahkan mengenai cip dan konfigurasi memori yang akan digunakan.
Walaubagaimanapun, laporan ini masih terlalu awal untuk diperkatakan. Namun, sekiranya laporan ini tepat, ia sesuatu yang menarik untuk dilihat.