Close

Semua iPhone 16 akan hadir dengan Action button

Antara fungsi paling menarik yang dibawakan oleh Apple pada iPhone 15 Pro adalah action button. Butang ini membolehkan pengguna mengubahsuai menjadi butang pintasan untuk pelbagai arahan seperti lampu suluh, alarm, kamera dan lain-lain.

Terbaru, terdapat laporan menyatakan iPhone 16 dan iPhone 16 Pro akan hadir dengan action button. Menariknya, action button yang akan digunakan pada siri iPhone 16 adalah berbeza dari iPhone 15 Pro. Action button baharu ini dikenali sebagai Atlas, menggunakan teknologi kapasitif yang sama seperti butang Touch ID dan mampu mengesan tindak balas haptic atau tekanan seperti Force Touch yang digunakan pada MacBook.

Selain itu, action button baharu ini boleh ditetapkan lebih dari satu pintasan berbanding pada iPhone 15 Pro yang membenarkan satu pintasan sahaja yang boleh ditetapkan.

Prototaip awal dan dokumentasi dalaman untuk siri iPhone 16 telahpun dikesan hadir dengan action button baharu ini. Selain siri iPhone 16, iPhone SE seterusnya turut dijangka akan dilengkapi action button yang dijangka akan dilancarkan pada 2025.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN