Close

Meizu 21 diperkenalkan – Guna Snapdragon 8 Gen 3, kamera 200MP dan pengecasan 80W

Meizu secara rasmi memperkenalkan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu Meizu 21. Tampil dengan sejumlah spesifikasi menarik dan kemampuan kamera yang dipertingkat.

Untuk spesifikasi, Meizu 21 dilengkapi dengan skrin AMOLED FHD+ bersaiz 6.55-inci. Turut menyokong paparan 120Hz, HDR10+ dan kecerahan puncak 1800 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB LPDRR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0.

Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP OIS Samsung ISOCELL HP3 + 13MP ultra lebar + 5MP potret. Untuk swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 32MP. Bateri 4800mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 80W.

Perkara menarik mengenai Meizu 21 adalah terdapat lampu LED RGB yang diletakkan pada kamera belakang yang menyokong pelbagai fungsi seperti pemberitahuan notifikasi. Spesifkasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti Bluetooth 5.4, NFC, WiFi 7, penarafan IP54 dan menjalankan sistem operasi FlymeOS 10.5 berasaskan Android 13.

Di China, Meizu 21 dijual pada harga bermula CNY 3399 (RM2233) untuk 8GB + 256GB dan CNY3999 (RM2644) untuk 12GB + 512GB.

ARTIKEL BERKAITAN