Close

Tesla Cybertruck disenaraikan dalam laman web Tesla Malaysia – Akan masuk Malaysia?

Seperti yang kita tahu, Tesla Cybertruck telahpun dilancarkan secara rasmi. Hadir dalam tiga pilihan varian iaitu RWD, AWD dan spesifikasi paling tinggi iaitu Cyberbeast.

Terbaru, trak pikap pertama Tesla dilihat telah dikesan tersenarai dalam laman web Tesla Malaysia. Sekaligus, memberikan gambaran yang trak pikap tersebut mungkin akan diperkenalkan di pasaran tempatan. Penyenaraian tersebut memperlihatkan butang ‘get updates’ pada Tesla Cybertruck.

Buat masa ini, tiada sebarang maklumat terperinci mengenai ketersediaan dan penawaran Cybertruck di Malaysia. Dengan penyenaraian tersebut, ia sedikit sebanyak memberikan gambaran awal mengenai ketibaannya di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN