Close

Tesla Cybetruck dilancarkan – Tiga pilihan varian dengan jarak gerak 547 km

Tesla Cybertruck akhirnya dilancarkan selepas beberapa kali menghadapi masalah kelewatan. Dari segi rekaan, terdapat sedikit perbezaan dari prototaip yang diperlihatkan pada 4 tahun lalu. Namun begitu, rekaan asas Cybertruck masih sama iaitu berkotak dan bersegi.

Tesla Cybertruck hadir dalam tiga pilihan varian iaitu RWD, AWD dan spesifikasi paling tinggi iaitu Cyberbeast. Untuk varian RWD, kelajuan maksimum mencapai 180 km/j dan mampu memecut 0 ke 100 km/j dalam masa dalam 6.5 saat. Mampu bergerak sejauh 402 km dan dijual pada harga sekitar $60,900 (RM284K). Varian ini akan mula tersedia bermula 2025.

Setersunya adalah varian AWD, kelajuan maksimum mencapai 180 km/j dan mampu memecut 0 ke100 km/j hanya dalam masa 4.1 saat. Mampu bergerak sejauh 547 km dan dijual pada harga sekitar $79,990 (RM372K). Dan akhir sekali adalah Cyberbeast, kelajuan maksimum mencapai 209 km/j dan mampu memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam masa 2.6 saat sahaja. Mampu bergerak sejauh 514 km dan dijual pada harga sekitar $99,990 (RM465K). Kedua-dua model ini dijangka tersedia lebih awal iaitu pada 2024.

Buat masa ini, tidak dapat dipastikan adakah Tesla Cybertruck akan turut ditawarkan di Malaysia atau sebaliknya memandangkan Tesla sudahpun bertapak secara rasmi di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN