Close

CelcomDigi perkenalkan pelan pascabayar 5G baharu – Harga langganan bermula RM80 untuk 90GB

CelcomDigi secara rasmi memperkenalkan pelan prabayar 5G baharu untuk pengguna mereka. Melaluinya, terdapat 5 pelan langganan baharu yang diperkenalkan dengan semua pelan hadir dengan sokongan panggilan tanpa had.

5 pelan yang diperkenalkan adalah Postpaid 5G 80, Postpaid 5G 100, Postpaid 5G 120, Postpaid 5G 140 dan Postpaid 5G 160. Untuk Postpaid 5G 80, harga langganannya adalah RM80 dengan data sebanyak 90GB bersama kelajuan 5G 100Mbps. Manakala untuk Postpaid 5G 100, harga langgananya adalah RM100 dengan data sebanyak 150GB bersama kelajuan 5G 300Mbps.

Untuk Postpaid 5G 120, harga langgananya adalah RM120 yang didatangkan dengan data tanpa had bersama kelajuan 5G 300Mbps. Untuk hotpsot, ia dihadkan kepada 20GB sebulan. Seterusnya adalah Postpaid 5G 140, harga langgananya adalah RM140 dengan data tanpa bersama kelajuan 5G 500Mbps. Penggunaan hotspot dihadkan kepada 100GB sebulan.

Akhir sekali adalah pelan paling mahal iaitu Postpaid 5G 160. Harga langganan adalah RM160 dengan data tanpa had bersama kelajuan 5G 500Mbps. Penggunaan hotspot dihadkan kepada 300GB sebulan.

Semua pelan ini ditawarkan dengan rebat sebanyak RM10 dengan kontrak dan layak menerima FREE Fibre 300Mbps secara percuma selama 6 bulan.

Pelan ini juga boleh ditambah sehingga 6 talian dengan harga bermula dari RM40 sebulan untuk data 90BG atau RM50 sebulan untuk data tanpa had. Pelan ini boleh dilanggan bermula 1 Disember 2023.

Terdapat satu lagi pelan yang diperkenalkan iaitu Postpaid 5G 260 yang menawarkan data dan hotspot tanpa had dengan kelajuan 5G mencapai 1Gbps. Namun begitu, pelan ini hanya akan ditawarkan bermula 1 Januari 2024.

ARTIKEL BERKAITAN