Close

Unifi Mobile kemas kini pelan prabayar UNI5G WOW PADU – Data 1TB pada harga RM35 sebulan

Unifi Mobile mengemas kini penawaran pelan prabayar UNI5G WOW PADU dengan data yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Melalui penawaran ini, UNI5G WOW PADU 25 ditawarkan dengan data 1000GB dibahagikan kepada 30GB untuk 4G/5G dan 70GB untuk 5G. Sebagai perbandingan, sebelum ini pelan ini ditawarkan dengan data 30GB. Turut tersedia hotspot dengan perkongsian data dan panggilan tanpa had.

Manakala untuk UNI5G WOW PADU 35, ia kini ditawarkan dengan data 1000GB dibahagikan kepada 200GB 4G/5G dan 800GB untuk 5G. Selain itu, terdapat juga 10GB data untuk hotspot dan panggilan tanpa had.

Bagi yang berminat, pelan ini boleh telahpun tersedia untuk semua pelanggan Unifi Mobile. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Unifi Mobile.

ARTIKEL BERKAITAN