Pengganti kepada Sony WF-1000XM5 iaitu WF-1000XM6 akhirnya diumumkan secara rasmi. Menurut Sony, perant ini merupakan TWS terbaik yang pernah dihasilkan oleh mereka buat setakat ini.

Sony WF-1000XM6 hadir dengan beberapa penambahbaikan dari segi kualiti bunyi dan juga sokongan ANC yang lebih baik. Peranti ini menggunakan cip Sony V2 yang menyokong pemprosesan audio sehingga 32-bit berbanding 24-bit pad model sebelumnya.

Sony menyatakan, cip ini menawarkan ketajaman bunyi yang lebih tinggi, julat dinamik yang lebih luas dan menyokong codec AAC, SBC, LDAC dan LC3. Dilengkapi dengan pemacu dinamik 8.4mm dan menerima talaan khas daripada jurutera akustik Sony dengan kerjasama beberapa studio rakaman Sony Music.

Peranti ini turut dimuatkan dengan cip QN3e yang memberi peningkatan pada kemampuan ANC dengan 25% lebih baik dengan setiap earbuds mempunyai 4 mikrofon terbina untuk menapis bunyi frekuensi.

Untuk ketahanan bateri, peranti ini menawarkan penggunaan sehingga 8 jam dengan mod ANC diaktifkan dan sehingga 24 jam dengan bantuan bekas pengecas. Selain itu, peranti ini turut menyokong penarafan IPX4 serta kemampuan antena dipertingkatkan dengan 1.5 lebih besar yang menawarkan sambungan Bluetooth lebih stabil.

Bagi yang berminat, Sony WF-1000XM6 telahpun dibuka untuk pra-tempahan dengan harga jualan RM1599.