Close

Yes perkenal pelan ‘5G advanced starter pack’ – RM10 sebulan dengan data 20GB

Yes memperkenalkan pelan Prabayar 5G baru yang lebih mampu milik untuk pengguna mereka. Pelan baru tersebut dikenali sebagai ‘5G advanced starter pack’ yang ditawarkan pada harga RM10 sebulan dengan data sebanyak 20GB.

Pelan ini didatangkan dengan data 20GB untuk 4G & 5G tanpa had kelajuan, data hotspot boleh dikongsi, panggilan tanpa had dan tempoh sah sehingga 30 hari.

Selain itu, Yes turut memperkenalkan pelan 5G advanced prepaid 20 dengan harga promosi RM15 sebulan dengan data 50GB dan pelan 5G advanced prepaid 30 pada harga RM30 sebulan dengan data tanpa had berkelajuan 7Mbps.

Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran ini, boleh layari laman rasmi yes 5G atau muat turun aplikasi MyYes.

ARTIKEL BERKAITAN