DJI Neo 2 kini boleh dikawal secara terus melalui Apple Watch. Kemampuan ini ditawarkan melalui kemas kini perisian terbaru yang dilepaskan oleh DJI.

Untuk mula menggunakan ciri ini, pengguna perlu mengemas kini perisian DJI Neo 2 kepada versi v01.00.0500 dan memasang aplikasi DJI Fly versi 1.19.4. Ciri ini tersedia untuk Apple Watch Series 8 dan ke atas, Apple Watch Ultra 2 dan Ultra 3. Selain DJI Neo 2, ia turut menyokong DJI Neo dan juga DJI Flip.
Melalui Apple Watch, pengguna boleh melihat paparan dari kamera dron secara masa nyata. Bukan itu sahaja, Apple Watch turut boleh digunakan sebagai mikrofon mini untuk rakaman audio dan dron boleh dikawal melalui kawalan suara.
Ketibaan ciri ini menjadikan kawalan lebih praktikal khususnya untuk sukan atau aktiviti luar dalam masa yang sama memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik dan mudah.