Close

Fon dengan 4GB RAM mungkin diperkenalkan kembali pada 2026

Masalah memori global dijangka akan terus meningkat dengan ketara pada suku pertama 2026. Sekali gus, menyebabkan kenaikkan harga jualan dan pengurangan spesifikasi bagi mengawal kos.

Menurut Trendforce, kekurangan cip DRAM yang semakin teruk bakal menyaksikan kenaikkan kos bahan untuk peranti pengguna termasuk fon pintar dan juga komputer. Disebabkan ini, pengeluar perlu menilai semula strategi harga untuk model baru dan penggurangkan diskaun untuk model lama.

Segmen mampu milik atau bajet dijangka paling terkesan dengan model asas mungkin akan menggunakan kembali 4GB RAM pada 2026. Pengeluar turut menilai untuk membawakan kembali slot microSD sebagai alternatif kepada masalah ini.

Untuk tahun 2026, harga jualan untuk fon baru akan meningkat dan spesifikasi model sedia ada mungkin akan dikurangkan atau tempoh jualan akan dipendekkan. TrendForce menyatakan, langkah terbaik untuk menghadapi masalah ini adalah dengan pengurangan spesifikasi dan penangguhan naik taraf untuk menjimatkan kos pengeluaran.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN