Close

Unifi Mobile tawar pelan Pascabayar dengan Netflix – RM79 sebulan tanpa kontrak

Unifi Mobile kini menawarkan pelan pascabayar dengan netflix melalui pelan UNI5G Postpaid Netflix Bundle. Merupakan syarikat telekomunikasi pertama yang menawarkan pelan pascabayar bersama dengan langganan Netflix.

Pelan pascabayar ini ditawarkan pada harga RM79 sebulan tanpa kontrak atau caj tambahan, hadir dengan Netflix Basic, data tanpa had 4G/5G, data hotspot sehingga 60GB dan juga panggilan tanpa had. Untuk Netflix Basic, ia terhad kepada satu peranti sahaja dengan resolusi HD 720p.

Pengguna turut mempunyai pilihan untuk menaik taraf kepada Neflix Standard (Full HD, 2 peranti) dengan bayaran tambahan RM20 sebulan atau Netflix Premium (4K + HDR, 4 peranti, spatial audio) RM33 sebulan.

Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran ini, layari laman web rasmi Unifi Mobile.

ARTIKEL BERKAITAN