Close

eMadani RM100 boleh ditebus melalui ShopeePay, Setel, MAE dan TNG eWallet

Kerajaan telahpun mengumumkan eMadani RM100 (dahulu dikenali sebagai e-Tunai) boleh ditebus bermula 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024. Pemberian eMadani RM100 tersedia kepada rakyat yang berpendapat bawah RM100,000 setahun serta golongan B40 dan M40 yang berumur 21 tahun dan ke atas.

Untuk penebusan, terdapat 4 aplikasi e-dompet yang boleh dipilih oleh rakyat iaitu ShopeePay, Setel, MAE dan TNG eWallet. Namun begitu, eMadani RM100 ini hanya boleh dibelanjakan secara fizikal bukan secara atas talian. Selain itu, kredit eMadani RM100 perlu dibelanjakan sebelum 29 Februari 2024.

Pemberian eMadani RM100 melibatkan dana sekitar 1 billion dan dijangka akan dimanfaatkan lebih dari 10 juta rakyat Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN