Sebelum ini, kami ada melaporkan yang Samsung merancang untuk menukar nama Exynos kepada nama baharu iaitu ‘Dream Chip’.
Terbaru, Samsung Semiconductor menyatakan yang laporan mengenai penjenamaan semula Exynos adalah tidak benar sekaligus menafikannya. Sebaliknya, penggunaan nama Dream Chip adalah untuk kegunaan dalaman bukan untuk penjenamaan semula.
Berikutan itu, cip andalan Samsung seterusnya masih kekal menggunakan nama Exynos dan dijangka akan digunakan pada siri Galaxy S24.
Walaubagaimanapun, penjenamaan semula bukanlah perkara baharu. Qualcomm dan MediaTek antara pengeluar yang telah melakukan penjenamaan semula untuk cip buatan mereka.