iQOO Malaysia akhirnya berkongsi tarikh pelancaran peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu iQOO 12. Seperti tahun sebelumnya, iQOO 12 akan menjadi peranti pertama di Malaysia yang dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3.
iQOO melalui Facebook rasmi mereka mendedahkan yang iQOO 12 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 6 Disember 2023. Perkongsi tersebut turut mendedahkan maklumat lain seperti pilihan warna yang ditawarkan, rekaan dan juga kemampuan kamera.
Namun begitu, apa yang menjadi persoalan ketika ini adalah mengenai penawaran harga untuk iQOO 12. Adakah harga jualan akan kekal atau sebaliknya. Sebelum ini, iQOO 11 ditawarkan pada harga RM3499 untuk pasaran tempatan.
Siri iQOO 12 telahpun dilancarkan lebih awal di China. Jika mengikut spesifikasi di China, iQOO 12 dilengkapi dengan skrin 6.78-inci E7 AMOLED, cip Snapdragon 8 Gen 3 dan menyokong pengecasan pantas 120W.