Close

iQOO 12 bakal jadi telefon pertama guna Snapdragon 8 Gen 3 di Malaysia

Selepas menjadi yang pertama di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 pada tahun lalu. iQOO ingin mengulangi skrip yang sama namun kali ini melalui iQOO 12.

iQOO melalui Facebook rasmi mereka mendedahkan yang iQOO 12 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Lebih menarik, pada perkongsian tersebut terdapat perkataan “Malaysia’s First Snapdragon 8 Gen 3” mengambarkan iQOO 12 akan menjadi telefon pertama hadir dengan cip tersebut.

Siri iQOO 12 telahpun dilancarkan lebih awal di China dan dijangka akan memasuki pasaran global pada Disember ini. Jika mengikut spesifikasi di China, iQOO 12 dilengkapi dengan skrin 6.78-inci E7 AMOLED, cip Snapdragon 8 Gen 3, pengecasan pantas 120W dan menggunakan tetapan tri-kamera belakang.

Selain dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, iQOO 12 akan menerima kemas kini yang lebih panjang iaitu 3 tahun untuk Android dan 4 tahun untuk keselamatan. Funtouch OS 14 yang digunakan pada iQOO 12 juga tidak akan dimuatkan dengan aplikasi pihak ketiga (bloatware).

Namun begitu, iQOO tidak mendedahkan maklumat mengenai tarikh pelancaran dan ketersediaan untuk pasaran tempatan. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN