Close

Rekaan sebenar Tesla Cybertruck didedahkan – Berbeza dari rekaan awal

Biarpun Tesla Cybertruck belum lagi dilancarkan secara umum. Namun, telah ada beberapa imej awal tertiris mendedahkan rekaan luaran dan dalaman trak pikap tersebut.

Melalui perkongsian tersebut, memperlihatkan rekaan Tesla Cybertruck sedikit berbeza dari rekaan prototaip yang diperlihatkan pada 4 tahun lalu. Namun begitu, rekaan asas Cybertruck masih sama iaitu berkotak dan bersegi.

Untuk rekaan dalaman ia menggunakan kemasan dua tona dengan stereng jenis segi empat. Selain itu, dapat dilihat ia mempunyai bumbung kaca panorama dan terdapat skrin untuk kawalan yang diletakkan di bahagian tengah.

Dari segi kawalan, terdapat beberapa fungsi awal yang diperlihatkan antaranya seperti tetapan ketinggian suspensi, penyelarasan stereng dan cermin sisi, lampu utama, mod sentry dan lain-lain.

Cybertruck dijangka akan ditawarkan dalam empat pilihan varian iaitu Single motor RWD, Dual motor AWD, Tri motor AWD dan Quad motor AWD. Tesla dijangka akan melancarkan Cybertruck pada 30 November ini.

ARTIKEL BERKAITAN