Close

Proton S70 dah rasmi di Malaysia – Harga bermula dari RM73K mencecah RM94K

Proton secara rasmi melancarkan sedan baharu segmen C iaitu Proton S70. Merupakan sedan pertama yang dihasilkan oleh Proton selepas diambil alih oleh Geely.

Proton S70 dibangunkan menggunakan platform Geely B-segmen Modular Architecture (BMA) yang sama seperti Geely Emgrand. Ditawarkan dalam empat pilihan varian iaitu ExecutivePremiumFlagship dan Flagship X.

Dikuasakan dengan enjin 1.5L turbo yang digabungkan dengan sistem DCT 7 kelajuan yang mampu menghasilkan kuasa 150 PS dan tork 226 Nm. Untuk sistem suspension, Proton S70 menggunakan sistem MacPherson pada bahagian hadapan dan sistem torsion beam pada bahagian belakang.

Selain itu, Proton S70 turut dilengkapi dengan pelbagai ciri bantu pandu seperti Forward Collision Warning, Autonomous Emergency Braking, Adaptive Cruise Control with Stop & Go, Lane Departure Warning, Intelligent High Beam Control dan banyak lagi.

Proton S70 dijual pada harga bermula RM74K untuk Executive, RM80K untuk Premium, RM90K untuk Flaghsip dan RM95K untuk Flagship X. Setiap pembelian akan menerima jaminan selama 5 tahun, Data 1GB sebulan (Flagship dan Flaghsip X), 6 kali caj buruh percuma, kadar pinjaman serendah 2.34% p.a dan juga Program Insuran Proton.

Lebih menarik, untuk 3000 pembeli pertama, Proton akan menawarkan pakej eksklusif yang berupa kit aero bernilai RM3130 ( untuk varian Flagship X sahaja), baucer servis RM500 dan naiktaraf program insurans

ARTIKEL BERKAITAN